Artikel Sastera: Sastera Melayu – Radikal Menongkah Kemapanan – SM Zakir
Oleh S. M. Zakir
MEMBENTUK pandangan radikal bukan bermakna menentang bentuk atau konvensi yang sedia ada.
"MEMBENTUK pandangan radikal bukan bermakna menentang bentuk atau konvensi yang sedia ada"
Karya-karya yang disifatkan sebagai konvensional tetap berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri dalam arus perdana kesusasteraan Melayu.
Karya konvensional ini secara umumnya merupakan karya berbentuk realisme yang memaparkan bentuk tradisi dulce et utile atau `yang manis dan yang berguna’ membina didaktisme langsung dalam konteks hubungan karya dengan khalayak.
Melihat bentuk sastera Melayu moden sehingga penghujung abad ke-20 yang dipelopori oleh penulis-penulis dari Asas 50, penulis dekad 1960-an, 1970-an, dan 1080-an telah membina satu norma penulisan yang berdasarkan bentuk realisme.
Norma penulisan ini membentuk kebiasaan umum dan diinstitusikan sebagai bentuk konvensional iaitu bentuk mapan (establish) `apa yang sedia ada’.
Sastera konvensional merujuk kepada ideal kehidupan yang berkait rapat dengan hubungan manusiawi, alamiah, semula jadi dan vertikal. Ia dibentuk oleh ciri-ciri perlataran realiti persekitaran serta alam fauna dan flora.
Di samping ciri-ciri penstrukturan teks dalam set teknik yang umum, dan pembinaan tema atau pesan yang melihat kepada aspek pembudayaan. Sementara pengukuhan pemikiran di dalam sastera konvensional ini cenderung kepada pembinaan idealogi dan aliran yang khusus.
Dalam masa yang sama ia mencirikan situasi wilayah `tempatan’ yang cantik dan indah tetapi menjerat perjuangan, keperitan dan rentasan takdir yang serba payah di dalamnya.
Dalam konteks sejarah, karya realisme yang menjadi bentuk mapan atau teras kesusasteraan umum secara sejagatnya ini bermula daripada genre pastoral yang muncul di Barat pada zaman pencerahan.
Karya-karya zaman ini ditandai dengan karya-karya buah tangan Milton, Spenser, Sidney, Shelly atau juga Cervantes dengan Don Quixotenya yang mencirikan suasana desa, gembala, fauna serta floranya yang penuh nostalgia dan simbolik.
Ia mencerminkan satu hubungan naturalisasi yang memperlihatkan bahawa manusia dicipta oleh Tuhan dan kekuasaan Tuhan menentukan takdir manusia dan persekitaran alam semulajadinya.
Realisme memberikan hubungan yang jelas tentang warna-warna kehidupan manusia di dalam bentuk yang paling dekat dan langsung dengan realiti. Realisme boleh dikatakan merupakan asas kepada kesusasteraan moden.
Perubahan
Menjelang dekad perubahan era perindustrian, bentuk kesusasteraan mula memperlihatkan beberapa ciri baru atau ciri perubahan yang membentuk klasifikasi baru kesusasteraan.
Terlahir bentuk romantis, absurd, surealis, ekspresionis dan sebagainya. Klasifikasi dilihat penting dalam melihat situasi dunia kesusasteraan.
Dalam pada itu klasifikasi memberikan simbol tertentu kepada aliran pemikiran, persekitaran sosial-ekonomi-politik dan milieu kepengarangan.
Klasifikasi bukan sahaja menjelaskan tentang perbezaan situasi kepengarangan tersebut tetapi juga melihat kepada prinsip keperbezaan tersebut. Levi-Strauss pernah menyebut, `any classification, even a bad one, is better than no classification at all.’
Sastera Melayu moden yang mantap muncul diwakili oleh karya-karya penulis ASAS 50 diikuti oleh penulis-penulis yang membawa jalur fikiran baru seperti Shahnon Ahmad, Arenawati, A. Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Fatimah Busu, Anwar Ridhwan dan ramai lagi yang banyak mencirikan warna tempatan serta wajah wilayah Melayu yang akrab dengan sifat-sifat alamnya.
Sastera realisme ini – melalui perjalanan masa yang panjang – secara alamiahnya membentuk stereotaip yang menjadi suatu bentuk set nilai dunia kesusasteraan.
Pengukuhan yang meletakkannya sebagai suatu autoriti budaya yang menjadi acuan kepada set nilai tersebut berlaku melalui dua bentuk `permainan bahasa’ iaitu pendesakan (authority of assertion) dan perulangan (gregariousness of repetition).
Permainan bahasa ini disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers. Pengukuhan ini akhirnya menjadikannya sebagai suatu bentuk `kuasa’ di dalam dunia kesusasteraan.
Namun menjelang dekad awal 1990-an (pecahan klasifikasi dibuat di sempadan ini) lahir karya-karya yang cenderung untuk menyimpang daripada bentuk konvensional ini.
Walaupun kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk-bentuk mapan ini wujud pada setiap dekad tetapi pengklasifikasian terhadap karya-karya yang menyimpang dibuat pada masa yang lebih terkemudian bagi melihat kecenderungan penulis-penulis muda mutakhir yang muncul pada dekad awal abad ke-21.
Beberapa orang penulis yang mempunyai kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk konvensional bereksperimen dengan bahasa, bentuk, gaya mahupun pemikiran yang unik dan tersendiri.
Kekuatan
Tidak salah untuk menamakan karya-karya ini sebagai karya eksperimental. Zaen Kasturi dilihat dengan kekuatan permainan bahasanya; Daeng Ramliakil dengan gaya; Muhd Nasruddin Dasuki dengan bentuk dan bahasa; Marsli N.O kepada gaya dan bentuk; sementara Azmah Nordin dilihat kepada cerita dan gaya.
Kecenderungan untuk menyimpang ini kemudian diteruskan oleh penulis yang lebih terkemudian seperti Zainal Rashid Ahmad, Mawar Shafei, Faisal Tehrani dan Azman Husin.
Zainal menggabungkan bahasa, gaya dan pemikiran dengan idealisme kesasterawanannya. Mawar masih tegar dengan kepayahan istilahnya. Namun jauh berbeza, Azman dan Faisal dilihat membentuk penyimpangan mereka lebih kepada pemikiran dan gaya, bukan lagi dengan kepayahan bahasa atau bentuk yang kabur sifatnya.
Kedua-dua mereka lebih senang dengan bentuk bahasa yang mudah difahami dan terus langsung kepada pembaca. Azman dilihat bergerak di dalam satu rentak yang senada, iaitu dengan `dunia warga kemacar’nya; sementara Faisal dengan pelbagai nadanya – dari underground hingga kepada jihad Islamnya.
Kelahiran karya-karya yang `berani’ ini tidak boleh hanya dilihat dari satu sudut yang mudah dan mengkesampingkan wajah-wajah besar yang tersembunyi di sebaliknya.
Pendekatan pengkritik, pengkaji, penelaah mahupun pembaca yang sering melihat sesebuah karya dari sudut tradisonal dulce et utile selalunya gagal untuk memahami bagaimana sesebuah penyimpangan itu memainkan peranan sebagai ipso facto yang memperlihatkan permainan bahasa yang disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers itu mewujudkan sebuah dunia kesusasteraan yang besar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mutu pengkaryaan penulis-penulis muda (relatif umur) dikatakan amat merosot sekali.
Dakwaan ini ada benarnya, namun dalam masa yang sama juga telah lahir karya-karya yang baik daripada tangan penulis-penulis muda ini.
Nama-nama seperti Saharil Hasrin Sanin, Muhd Lutfi Ishak, Nazmi Yaakub, Saifulizzan Tahir, Saifulizan Yahya, Salman Sulaiman, Siti Jasmina Ibrahim, Sri Rahayu Mohd Yusop, Siti Hajar Mohd Zaki, Amalia Fauza, Juliana Mohamed.
Sementara yang lebih terkemudian seperti Ghafirah Idris, Ummu Hani, Jimadie Shah, Amiza Khusri Yusuf, Anjan Ahzana dan Abdul Rahim Idris menghasilkan karya yang cukup memberangsangkan.
Beberapa penulis lagi seperti Wan Marzuki Wan Ramli, Zanazanzaly, Rozais Al-Anamy terus menghasilkan karya yang menjanjikan.
Namun penelitian yang lebih khusus dalam melihat penyimpangan terhadap konvensi dapat dilihat daripada kehadiran karya-karya Zainal Rashid Ahmad, Saharil Hasril Sanin, Muhd Lutfi Ishak, dan Jimadie Shah memberi cabaran kepada penelaah susastera untuk melihat sisi sastera keluar dari ego konvensional.
Zainal, penulis yang sudah mapan sementara Saharil, Lutfi dan Jimadie adalah bakat yang dicungkil daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP.
*http://muhdnasruddin.wordpress.com
****************************************

Sastera Bernilai Ekonomi
Oleh : Abdul Rahman Yusof
Sumber : Utusan Malaysia
Saya sering ditanya oleh teman terdekat, “Adakah sastera Melayu ada masa depan?”. Soalan yang nakal ini sering saya jawab dengan menyatakan, “Sastera Melayu sihat-sihat sahaja dan masa depannya tak perlu diragukan.”
Kenyataan ini mendapat sanggahan segera daripada teman tersebut. Mereka agak pesimistik terhadap perkembangan sastera Melayu. Menurut mereka, tandanya agak jelas. Lembapnya jualan buku sastera Melayu dan semakin merosotnya bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sastera Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah dua manifestasi jelas kurangnya minat dan sokongan terhadap sastera Melayu dan sekali gus memberikan kesan terhadap kelestariannya pada masa depan.
Peragu atau penyangsi kelestarian sastera Melayu ini betul dari segi fakta yang dipaparkan. Benar buku sastera sukar untuk dipasarkan. Begitu juga dengan bilangan pelajar Sastera Melayu yang semakin merosot di tingkatan lima dan enam. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian besar pelajar ini kurang motivasi dan ada pula yang mengambil mata pelajaran tersebut sebagai pilihan terakhir.
Pandangan ini dapat diterima. Tetapi pandangan ini hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sastera kita hari ini. Realiti sebenarnya lebih kompleks. Tahukah peragu dan pesimis tentang masa depan sastera Melayu ini bahawa buku sastera yang lain, seperti novel popular, begitu laris, malah ada yang terjual hingga 100, 000 naskhah? Adakah buku sastera serius memang tidak ada pasaran atau kita tidak pandai memasarkannya?
Barangkali sastera serius memang berat dan tidak mudah dihayati oleh pembaca umum. Teksnya lebih berorientasikan penulis, seperti yang disebut oleh Roland Barthes, pemikir dan ahli teori Perancis, sebagai writerly text. Teks ini dihasilkan penulis untuk mendapatkan kesan tertentu. Kerana biasanya teks seperti ini bersifat avant garde, teks ini tidak mudah difahami pembaca. Pembaca awam seperti ini memerlukan keterampilan sastera untuk memahami dan selanjutnya menghayati teks yang sukar seperti itu.
Berorientasikan
Sebaliknya, novel popular ialah readerly text atau teks yang berorientasikan pembaca. Novel itu mudah difahami kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa sehari-hari dan tidak memerlukan keterampilan sastera yang tinggi untuk menghayatinya. Teks yang terhasil polos dan dapat berkomunikasi terus dengan khalayaknya. Tidak ada ketaksaan atau simbol yang sukar dimengerti. Tujuan terakhirnya ialah untuk berhibur dan dalam hal ini, novel popular berjaya mencapai sasarannya.
Siapa kata sastera Melayu masih malap? Jika jualan novel ini menjadi ukuran, ternyata sastera Melayu masih sihat dan segar. Bukan sahaja jumlah jualannya meningkat, tetapi juga bilangan judulnya. Jika asalnya hanya terdapat dua pemain dalam bidang ini, iaitu Creative Enterprise dan Alaf 21, kini terdapat beberapa penerbit lagi yang meniru kejayaan kedua-dua penerbit ini.
Buat pertama kali juga, penulis kita dapat memberikan sepenuh masa kepada penulisan. Hal ini berbeza dari satu dua dekad yang lalu apabila orang tidak boleh hidup dengan hasil penulisan semata-mata dan mesti mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung kehidupan mereka.
Kepada pelajar, saya selalu memberikan nasihat, “Sastera sekarang ada nilai ekonomi. Dalam zaman banyak siswazah menganggur, anda boleh mencipta pekerjaan sendiri, iaitu dengan menulis novel yang diminati ramai.” Begitu juga, menulis skrip televisyen dan filem turut menjanjikan pulangan yang lumayan.
Berhubung dengan bilangan pelajar sastera yang merosot, statistiknya cukup jelas menunjukkan hal ini. Salah satu perkara yang menyebabkan hal ini ialah sastera Melayu dikatakan tidak mempunyai nilai ekonomi, kelulusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini tidak dipandang untuk kemasukan ke universiti dan pihak sekolah juga tidak menggalakkan pelajar mengambil mata pelajaran ini.
Kalau pada suatu waktu dahulu pelajar yang berminat dalam bidang sastera boleh mengambil mata pelajaran Sastera Melayu dan Sastera Inggeris kerana pilihan yang lebih banyak, pelajar hari ini boleh melalui sistem persekolahan tanpa mengambil mana-mana mata pelajaran sastera. Sikap kita yang pragmatik dan praktikal membuatkan mereka lebih terdorong untuk mengambil mata pelajaran yang kononnya lebih bernilai dan berprestij, seperti perakaunan dan ekonomi.
Kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sastera Melayu di peringkat SPM dan STPM memang amat merunsingkan. Kerunsingan ini dirasakan bukan sahaja oleh pengurus sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (yang mempunyai kepentingan berhubung dengan pasang surut bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut), tetapi juga oleh teman sarjana di universiti yang prihatin bukan sahaja dari segi bilangan pelajar yang semakin berkurangan, malah kualiti pelajar yang semakin menurun. Ada sarjana yang berasa begitu kecewa kerana pelajarnya yang dikatakan tidak lagi mencabar mereka. Yang dimiliki mereka sekarang rata-rata pelajar yang hanya pasrah dan menerima butir kuliah yang disampaikan tanpa menyoal kembali matan kuliah tersebut.
Oleh sebab menyedari kemerosotan pendidikan sastera di sekolah menengah, Tan Sri Rafei Mahat, sewaktu menjadi Ketua Pengarah Pelajaran, memanggil mesyuarat khas khusus untuk membincangkan langkah yang dapat diambil untuk menangani kemerosotan ini. Antara perkara yang dicadangkan termasuklah memperbaik pedagogi pengajaran sastera dan membenarkan pelajar yang berminat, termasuk dari aliran sains, mengambil mata pelajaran ini. Kita berharap agar keprihatinan Rafei ini disambut oleh pegawai di kementerian berkenaan dan semoga pengajaran dan pemelajaran sastera Melayu kembali ke zaman gemilangnya seperti pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Yang tidak disedari golongan yang pesimis terhadap masa depan sastera Melayu ialah sewaktu sastera Melayu menghadapi kemerosotan, sama ada dari segi bilangan pelajar ataupun kualiti pelajarnya, telah berlaku satu gerakan lain yang berusaha supaya pendarahan ini tidak terus-menerus terjadi dan jika boleh, pengajaran dan pemelajaran sastera Melayu diberikan nafas baru. Gerakan itu hasil usaha DBP sendiri yang kemudian dikenali sebagai komponen sastera dalam bahasa Melayu (KOMSAS). Falsafah di sebalik program KOMSAS ialah untuk mendedahkan teks sastera yang terbaik kepada pelajar dengan harapan agar setelah berkenalan dengan teks tersebut, mereka membaca lebih jauh dan lebih mendalam, bukan sahaja teks yang diperkenalkan, tetapi juga teks lain oleh pengarang yang sama atau pengarang yang berbeza.
“Kehilangan” pelajar sastera Melayu per se digantikan oleh ribuan pelajar pelbagai kaum dan merentas disiplin. Dengan kata lain, sastera Melayu bukan menjadi milik satu etnik sahaja, tetapi semua etnik di Malaysia, bukan pelajar satu jurusan sahaja, iaitu jurusan sastera, tetapi juga pelajar jurusan lain.
Dari sudut yang positifnya, “kemerosotan” pelajar sastera diimbangi oleh ribuan pelajar yang mendapat bimbingan apresiasi sastera. Tentulah tidak realistik untuk mengharapkan agar semua pelajar ini menjadi peminat dan pengamal sastera (antara lain, sebagai penulis, pengkritik atau pelakon), tetapi kita berharap agar pendedahan yang diterima akan membuatkan mereka lebih celik sastera dan diterjemahkan dalam perilaku mereka sebagai pengamal atau pengguna bahan sastera.
Komited
Kita tidak boleh berdiam dengan situasi pengajaran dan pemelajaran sastera Melayu hari ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak guru sastera yang komited dan berhasil menjadikan pendidikan sastera sesuatu yang menyeronokkan. Sebaliknya, banyak juga yang kurang mahir mengajar dan apabila berdepan dengan pelajar yang kurang motivasi (baca: lemah), keadaannya menjadi lebih gawat. Kursus penataran pengajaran sastera yang berkesan harus diadakan lebih kerap dengan mempertemukan guru pakar ini dengan guru yang kurang pendedahan.
Walaupun secara umumnya saya optimis tentang masa depan sastera Melayu, ada dua perkara lagi yang seharusnya membuatkan kita lebih prihatin tentang khazanah budaya kita yang kaya ini. Pertama ialah pengantarabangsaan sastera Melayu dan kedua, menggalakkan penyertaan lebih banyak penulis dan khalayak bukan Melayu.
Tentang pengantarabangsaan sastera Melayu, kita harus mengakui bahawa sastera kita kurang terkenal di peringkat antarabangsa. Kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Di Indonesia, sastera dan sasterawan kita tidak begitu dikenali.
Hal ini amat berbeza daripada situasi kita di sini. Rata-rata pengetahuan kita tentang sastera dan sasterawan Indonesia lebih mendalam berkat pengajaran di sekolah dan universiti. Walaupun banyak usaha yang dijalankan untuk memperkenalkan sastera kita di Indonesia, terutama melalui wahana seperti MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara), rata-rata kadar kesannya masih rendah.
Cara yang lebih berkesan ialah melalui pendidikan. Itulah sebabnya melalui beberapa forum dan tulisan, saya mengajukan konsep sastera Melayu sebagai sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, sama seperti konsep sastera Melayu yang digunakan untuk peperiksaan SPM dan STPM pada tahun 1960-an dan 1970-an dahulu.
Bagi kita semua, karya yang dipelajari, sama ada oleh Keris Mas, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat K. Mihardja, Hamka ataupun Masuri S.N, ialah sastera Melayu tanpa mengambil kira kewarganegaraan pengarangnya. Kita berharap agar perkara yang sama berlaku di Indonesia apabila sastera Melayu diajarkan dengan meluas di sana.
Kita berharap juga agar sastera Melayu disebarluaskan ke negara lain di Asia Tenggara, melalui terjemahan. Kita mempunyai wadah untuk ini, iaitu Tenggara, jurnal kesusasteraan Asia Tenggara yang bukan sahaja memperkatakan pelbagai aspek sastera Melayu dan Indonesia, tetapi juga memuatkan terjemahan karya kreatif sastera dalam bahasa Melayu.
Seiring dengan itu terjemahan juga harus ditingkatkan ke dalam bahasa utama dunia. Statistik terkini menunjukkan bahawa hampir 100 judul buku diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Cina dan bahasa Jepun - jumlah yang bukan kecil dan dapat ditingkatkan lagi.
Soal dalam negara juga harus diberikan lebih banyak perhatian. Isunya melibatkan pembinaan dan pengembangan sastera Melayu dalam kalangan warga bukan Melayu. Persepsi kebanyakan orang - sastera Melayu ialah sastera dalam bahasa Melayu, ditulis oleh orang Melayu tentang isu Melayu untuk masyarakat Melayu. Barangkali imej ini tercipta kerana kebanyakan penyumbang sastera Melayu ialah penulis Melayu.
Hal ini tidak menafikan hakikat bahawa penulis bukan Melayu juga memberikan sumbangan yang tidak kecil kepada pembinaan sastera Melayu. Apabila membicarakan sumbangan mereka, nama seperti Lim Swee Tin, Lee Keok Chih, Uthaya Sankar SB, Seroja Theavy, Douglas Jaga, Jong Chian Lai dan Daniel Jebon Jenaun sering ditampilkan. Hal ini belum lagi puluhan yang lain yang muncul setiap kali diadakan sayembara menulis untuk penulis bukan Melayu. Sumbangan mereka cukup penting. Paling kurang, sumbangan mereka memberikan cebisan pengalaman pelbagai etnik di negara ini.
Apabila memperkatakan pengalaman orang bukan Melayu dalam sastera Melayu, contoh yang selalu saya tampilkan ialah Usman Awang. Usman ialah fenomena yang cukup luar biasa. Barangkali kerana temanya mengenai perhubungan antara kaum dan pergaulannya yang luas dengan penulis bukan Melayu, karyanya bukan sahaja mendapat sambutan peminat pelbagai kaum, malah dramanya turut dipentaskan oleh pekerja atau aktivis teater pelbagai kaum.
Drama Uda dan Dara, misalnya, pernah diarahkan oleh orang bukan Melayu, begitu juga pelakon dan ahli muziknya. Inilah contoh terbaik pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan kita, yang bukan sahaja melibatkan pengamal pelbagai kaum, tetapi juga khalayak pelbagai kaum. Kita memerlukan lebih banyak lagi Usman dalam sastera kita.
Saya amat positif tentang masa depan sastera Melayu. Jika penglibatan yang lebih meluas dan mendalam orang bukan Melayu dalam sastera kebangsaan kita dapat dibereskan dan sastera kita dapat diedarkan dengan lebih meluas di peringkat antarabangsa, saya percaya bahawa sastera Melayu bukan sahaja akan menjadi lebih gemilang, tetapi juga terbilang!
*http://www.facebook.com/pages/AmeenBooks
****************************************
Interlok tepati teks sastera
Oleh Dr Illias Zaidi
([email protected])
PENGEKALAN Interlok sebagai teks wajib untuk komponen sastera Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan Lima mulai tahun ini, sepatutnya
dalam keadaan sedia ada, tanpa pindaan dan penyesuaian.
Interlok tidak lebih daripada karya fiksyen biarpun dapat dianggap sebagai semi
sejarah cetusan daya kreativiti dan imaginasi Sasterawan Negara Datuk Abdullah
Hussain, kebetulan mendapat ilham daripada seorang pensyarah di Jabatan
Pengajian India, Universiti Malaya yang menceritakan kisah orang India.
Sebenarnya Interlok lahir melalui sayembara besar lagi bermakna atas inisiatif
Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri sempena 10 kemerdekaan negara.
Biarpun memenangi hadiah sagu hati beriringan dengan Pulanglah Perantau (Aziz
Jahpin), Badan Bertuah (Ismail Alfalah), Meniti Buih (Alias Harun), dan Merpati
Putih Terbang Lagi (Khadijah Hashim), namun pengumuman kemenangannya dibuat
sendiri Tun Razak sekali gus Pengarah Majlis Gerakan Negara pada sidang media
5 September 1970 itu menunjukkan komited tinggi kerajaan terhadapnya.
Justeru, keenam-enam manuskrip yang berjaya dapat dikatakan autentik baik segi
tema mahupun gaya bahasa daripada 52 manuskrip kesemuanya. Novel-novel berkenaan
diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1971.
Temanya cukup besar lagi luas bertitik tolak daripada perjuangan kemerdekaan
sehingga tumbangnya Malayan Union, terbentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948
dan PTM 1957 sebelum lahirnya Malaysia 16 September 1963.
Ertinya Abdullah menulis Interlok kira-kira tahun 1967-1968 tetapi pengumuman
keputusannya agak lewat sedikit kerana tragedi 13 Mei 1969 dan beberapa orang
panel hakim menarik diri. Justeru urutan peristiwa plot novel ini tidak ada
kaitan langsung dengan tragedi 13 Mei. Yang pasti skop latar sejarah dan
waktunya
ialah sejak Inggeris membawa buruh Cina dan India masuk bekerja di lombong
bijih dan ladang getah di bawah dasar pecah dan perintah.
Keputusan panel pemilihan Interlok sebagai teks sastera Tingkatan Lima itu,
bagi kawasan Lembah Kelang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan
memang tepat kerana pengalaman lepas sejak kertas Kesusasteraan Melayu tegak
sebagai subjek tunggal lagi, novel ulung itu memenuhi ciri-ciri tetapan
Kementerian
Pelajaran.
Misalnya pengorbanan anak watan diwakili keluarga Seman, Ching Huat, dan Maniam
menentang serangan Jepun yang masuk ke tanah air (Jitra) melalui Thailand,
Kedah, serta kemudian ancaman komunis di hutan selama 12 tahun sejak 1948,
patut diketahui dan dihayati pelajar generasi sekarang demi pemupukan semangat
kekitaan, kepunyaan, kebangsaan, dan patriotisme.
Pemupukan jiwa murni dengan kesediaan bekerjasama serta tolong menolong,
bantu-membantu, saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum
dan berlainan bahasa dan agama, benar-benar tersuntik ranum dalam hati sanubari
dan jiwa raga ketiga-tiga watak yang dianggap sebagai wira-wira novel ini.
Betapa intim dan hebatnya kerjasama mereka apabila Seman mula-mulanya berniat
buruk dan jahat terhadap Cina Panjang kerana tanah ayahnya tergadai, tidak
jadi memarangi Poh Eng sebaliknya melindunginya di pondok emaknya, dan akhirnya
mereka diselamatkan Maniam.
Sentuhi pula betapa terharunya hati seorang ayah seperti Maniam, kini tandil di
ladang getah asalnya milik Inggeris tetapi kini hak Jepun, dapat bertemu
dengan anaknya, Ramakrishnan, yang tidak pernah ditemui ketika ditahan Jepun di
balai polis. Si anak itu kini berpangkat inspektor polis.
Poh Eng dibawa abangnya ke hutan menyertai gerombolan menentang Jepun.
Pengarang mempertaut Chin Huat kembali dengan anak gadis itu apabila tentera
matahari
terbit itu menyerah kalah kepada tentera bersekutu pimpinan Inggeris.
Begitulah Interlok terungkap daripada manifestasi dasar pecah dan perintah
Inggeris mengkelompok masyarakat Melayu di kampung dan pedalaman, Cina peniaga,
pedagang, dan pelombong sementara India di ladang getah milik Inggeris.
Urutan plot bergerak daripada keluarga Seman, beranjak kepada keluarga Ching
Huat, dibawa bapanya ke negara ini kerana kesengsaraan hidup di negara
leluhurnya,
dan keluarga Maniam, berhijrah atas alasan sama, bermula hidup sebagai kuli dan
akhirnya menjadi tandil.
Begitulah juga halus, santun, dan kemasnya anyaman kesatuan, kesantunan, dan
kepaduan jalinan Abdullah pada Buku Keempat novelnya ini, membenarkan proses
asimilasi sedang berjalan rancak di luar sedar ketika menjelangnya kemerdekaan
dulu.
Kemelut baru-baru ini meruntun perasaan dan daya sensitiviti khalayak untuk
membaca atau membaca semula karya berkenaan dengan lebih teliti sekali gus penuh
penghayatan. Jika tidak, masakan ratusan ribu cetakan untuk edisi murid sudah
habis terjual dan kini diberitakan giat diulang cetak.
Interlok novel sejarah oleh H.L. Yelland, S.C. Jones, dan K.S.W. Easton dalam
buku mereka A Handbook of Literary Terms dianggap karya berlatarbelakangkan
sejarah termasuk tokoh sejarah melalui jalinan peristiwa sejarah penuh daya
imaginasi dan kreatif, berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Presiden penaja Persatuan Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel menyifatkan
yang sengaja mempertikaikan amalan kasta dianggap buta sejarah. Amalan hidup
berkasta bagi masyarakat mana sekalipun di dunia hatta komuniti maju dan
bertamadun tinggi sekalipun, tidak dapat dikuis daripada catatan sejarah.
Kesesuaian Interlok sebagai khazanah sastera negara bukan sahaja perlu dilihat
pada rentetan peristiwa berdasarkan fakta sejarah lampau, tetapi juga daripada
segi penyampaian dan persembahannya melalui diksi dengan kadar keterbacaannya
yang rendah.
Sebab itulah karya agung ini perlu dibaca, diteliti, dan dihayat secara
bersepadu, tidak terpisah-pisah, tebuk sana sini, selak sana selak sini lalu
terus
menyimpul rumusan kononnya novel rasis. Kewarasan dan keintelektualan mata
fikir khalayak saja yang dapat memartabat Interlok sebagai karya melengkapi
kajian sejarah-kesejarahan negara-bangsa.
Keberhasilan Abdullah terserlah dalam bahagian akhir apabila ketiga-tiga
keturunan tadi amat perlu bantu membantu dan saling bekerjasama ketika
menghadapi
ancaman komunis zaman darurat (1948-1960) sehingga tercapainya kemerdekaan
melalui proses asimilasi mewujudkan rupa bangsa Malaysia yang bersatu demi
perpaduan
nasional.
Agaknya mesej inilah yang tersemat dalam sanubari Tun Razak ketika melancar
sayembara besar ini, perutusan sewajarnya dibaca, diuliti, difahami, dihayati,
dan dipraktik melalui Interlok khusus oleh generasi terkini.
Artikel 2
SASTERA
ARKIB : 06/02/2011
Kebaikan Interlok terjejas oleh blow up
Jelas sekali, Interlok berasal daripada perkataan Inggeris, Interlock - tanpa
abjad 'c'. Kamus Oxford memberikannya dua erti: 1. Memadankan antara yang
satu dengan yang lain, dan 2. Kain tenunan mesin yang berjahitan halus. Saya
lebih cenderung memilih pengertian pertama memandangkan jalan cerita novel
ini berligar sekitar penyesuaian hidup rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan
kaum serta pelbagai budaya.
Novel ini ditulis dalam tahun-tahun 1970-an. Segalanya terunjur kepada hakikat
bahawa pengarangnya, Dato' Abdullah Hussein, telah menyulamkan pengalaman
sebelum dan selepas Tragedi 13 Mei, 1969 ke dalam novel ini. Pada ketika itu
pun Dato' Abdullah adalah seorang yang sudah berkecimpung lama dalam dunia
penulisan. Beliau telahpun melahirkan novel-novel, cerpen-cerpen serta 'genre'
yang lain, termasuk penskripan filem.
Empat puluh tahun dulu RTM telah menjadikan beberapa drama daripada
novel-novelnya. P. Ramlee sendiri pernah berlakun dalam salah sebuah drama itu.
Dalam
penulisan cerita, baik berbentuk novel, cerpen atau skrip (untuk pentas, filem,
TV dan radio), seseorang pengarang bukan menulis seperti mencatat fakta
sejarah atau pengolahan angka dan data.
Dia mengolah jalan cerita dengan menggunakan daya imaginasi yang menerawang.
Kiranya pengolahan terkeluar liar daripada realiti alam semesta ini, jadilah
seperti Harry Potter; jika ditolak oleh pihak-pihak tertentu, jadilah dia
seperti Anna and The King of Siam; jika ianya menimbulkan kontroversi lantang,
jadilah dia Nixon. Walau apapun, ianya tetap sebuah karya seni, atau work of
art.
Malahan dua fiksyen yang dijadikan filem, Casablanca dan Godfather, yang
dianggap sebagai dua buah daripada 10 filem terbaik dalam sejarah perfileman
dunia,
mengandungi campuran fakta dengan fiksyen, yang tidak boleh lari daripada
dikecam
hebat
. Dalam persajakan, terdapat konsep poetic licence. Seorang karyawan
seolah-olah mempunyai lesen untuk berfiksi seluas mungkin.
Mereka yang pernah belajar karya Shakespeare di sekolah menengah Inggeris
hingga awal 1960-an tentu tahu bahawa The Merchant of Venice (Saudagar Venice)
dan The Taming of the Shrew (Menjinakkan Si Rakus) adalah karya-karya
anti-Yahudi. Mengenangkan segalanya itu, orang-orang Yahudi dan Israel lebih
bersikap
melupakannya saja dengan tidak menjadikannya isu, takut kalau-kalau orang
Anglo-Saxon, iaitu darah Inggeris dan peneroka awal Amerika, akan rasa
tersinggung.
Shakespeare ialah rujukan ala-Tuhan kepada intelektualisme mereka. Manakan
tidak, orang yang melaungkan syor agar ditubuhkan sebuah negara Yahudi yang kini
bernama Israel ialah Menteri Luar Britain, bernama Balfour, 90 tahun dulu.
Bukan itu saja, Presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman pula adalah di
kalangan
pihak yang pertama mengiktiraf penubuhan Israel dan bertanggungjawab
menjadikannya anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Oleh itu untuk mempertikaikan keunggulan Shakespeare adalah umpama satu
tempelak kepada Anglo-Saxon. Menjolok sarang tebuan adalah sesuatu yang sayup
daripada
minda Yahudi, apalagi apabila memikirkan tentang kontroversinya dengan dunia
Arab dan tidak kurang dunia Islam pada umumnya.
Dalam seni fotografi, ada istilah yang dikenali sebagai blow-up, iaitu proses
menjadikan satu objek kenit dalam sebuah gambar sebagai objek utama yang besar
dalam gambar lain. Kebetulan pula, terdapat sebuah filem ikon Inggeris yang
dibuat dalam tahun 1966 bertajuk sama, Blow Up. Lokasinya ialah London. Ia
mengesahkan seorang jurugambar yang suka mengambil gambar di sana sini. Suatu
hari di bilik gelapnya, dia ternampak satu mayat di lokasi sut dalam gambarnya.
Dia amat terkejut.
Lalu dia membuat blow up pada mayat itu. Sepanjang masa dia percaya satu
pembunuhan telah berlaku di taman di mana gambar itu diambil. Selepas itu filem
Blow Up itu berligar di sekitar blow up tersebut. Beliau beberapa kali
berkunjung di tempat mayat itu, tetapi tidak ada kesan pun bahawa ada mayat yang
pernah terlantar di situ. Ini membuktikan apabila sesuatu yang kecil
diperbesarkan, maka hasilnya menjadi tidak bertepatan, yang remeh menjadi inti.
Keindahan
taman diatasi oleh mayat yang entah berentah.
Dari Hollywood, terdapat dua buah filem yang meletakkan kaum 'negro', kini
dipanggil blacks, di tahap yang menjejaskan hemah mereka, iaitu Gone With The
Wind (GWTW), dibuat dalam tahun 1939, dan To Kill A Mockingbird (TKAM), dibuat
dalam tahun 1962. Kedua-duanya dipadankan daripada novel yang berkualiti
tinggi.
GWTW berlatarbelakangkan zaman pengabdian di Amerika dalam abad ke-19, ketika
Perang Saudara berlaku. Di sana-sini dalam novel itu rujukan kepada 'negro'
atau 'nigger' sebagai kaum abdi didapati, baik dalam pengolahan mahupun dalam
dialog. Pengarangnya, Margaret Mitchell, berkata, beliau hanya menceritakan
realiti hidup waktu itu. Ia tidak langsung mencerminkan mentalitinya. Orang di
Atlanta, tempat kelahirannya, sedar bahawa keluarganya secara tradisi bukan
anti-negro.
TKAM pula dijadikan filem pada tahun 1962. Hero filem ini, pelakun kacak
Gregory Peck, memenangi Oscar sebagai aktor terbaik. Suatu ketika dulu novel
TKAM
ini dianggap sebagai satu bahan bacaan panas, tegasnya amat rasial, tetapi kini
ianya dibenarkan menjadi bacaan di sekolah. 'Mockingbird' ialah sejenis
burung di selatan Amerika yang boleh mengajuk-ajuk suara burung lain. Sindiran
ini ialah bermaksud merendahkan hemah 'negro' yang berani memperlekehkan
orang kulit putih.
Dalam Interlok, terdapat rujukan kepada 'pariah'. Perkataan ini sebenarnya
mendapat tempat dalam perbendahaan kata-kata Inggeris, lebih-lebih lagi dalam
jurnalisme. Kamus Oxford memberikan makna 'orang tersisih' (outcast) untuk
'pariah'. Dari pandangan majoriti dunia, negara-negara Myanmar dan Korea Utara
serta sebuah dua negara lagi adalah 'pariah' kerana amalan pemerintahan yang
tidak mengikut piawaian global.
Istilah 'pariah' juga terdapat dalam tulisan-tulisan pengarang India dan
pegawai-pegawai kolonial British di Malaya. Sistem kasta di India yang suatu
ketika
dulu amat nyata adanya bertanggungjawab memperluaskan pemakaian istilah ini. Di
TV Amerika suatu ketika dulu, istilah 'pariah' dijadikan satu pertanyaan
dalam satu program quiz. Pengerusi program itu lalu memberikan pengertiannya
dengan panjang lebar berdasarkan pengalamannya tinggal di India.
Ada satu lagi istilah yang dianggap negatif ialah 'keling'. Saya ada beberapa
orang sahabat yang 'bin'nya Keling. Salah seorang ialah professor terkemuka.
Ianya biasa saja, baik dari segi sebutan mahupun dari segi penghormatan.
Malahan ianya tiada beza dengan mana-mana 'bin' lain. Dalam kes pembunuhan 'Ratu
Cantik' India dalam tahun 1978, defendan, seorang guru keturunan Indian,
menggunakan ungkapan 'some keling' (atau, ada keling) sebagai pembunuh rambang.
Buku-buku, filem-filem, dan nukilan hidup yang sebenar seperti yang disebutkan
di atas menunjukkan bahawa memberikan fokus dan perhatian kepada tema utama
adalah lebih bererti daripada blow up perkara-perkara tersisih dan terpencil.
Biarkan kewajaran menjadi inti dan sebarang perkara yang tidak relevan dikuakkan
ke tepi. Sama-samalah hidup semahu dan sebaik mungkin. Inilah kehormatan yang
paling murni kepada Dato' Abdullah Hussein yang kini berusia hampir 90 tahun
- abang Tan Sri Prof. Ismail Hussein - yang telah menghabiskan sebahagian besar
kehidupannya menulis berterusan sejak pra-Perang Dunia Kedua lagi.
Artikel 3
SASTERA
ARKIB : 30/01/2011
Suburkan kritikan sastera
TIBA-tiba, selepas lebih empat dekad diterbitkan, sebuah novel mengundang
polemik. Tetapi polemik itu tidak pula menjurus kepada kritikan sastera yang
dapat
mempertajam minda bangsa Malaysia.
Kebanyakannya berpolemik kepada soal wajar atau tidak karya itu ditelaah oleh
anak-anak kita di sekolah. Memang soal kesesuaian khususnya keterbacaan (baca
readibility) suatu yang penting untuk diambil kira dalam pemilihan sebuah buku
teks.
Akan tetapi, polemik yang berlangsung itu lebih besar manfaatnya jika para
penulis mendalami isi karya yang dikupasnya dan memusatkan perbahasan kepada
tema, plot, dialog dan bahasa, perwatakan, penceritaan dan pelbagai aspek lain
yang selayaknya dibahaskan bagi sebuah karya kreatif yang besar seperti
Interlok. Sebenarnya, perbincangan tentang karya ini telah berlangsung lebih
awal, sewaktu novel ini mula diterbitkan.
Apa yang kelihatan di sebalik polemik yang panjang sekarang ialah mundurnya
kegiatan kritikan sastera di negara ini sedangkan kemajuan sastera dalam
mana-mana
masyarakat pun memerlukan pembaca yang kritis dan bersedia melontarkan
pandangannya secara objektif supaya penulis dapat menyedari teguran yang
disampaikan
oleh pengkritik sastera. Salah satu pertemuan yang diadakan oleh beberapa pihak
memang mengakui perlu diterbitkan buku lain yang mengupas novel ini bagi
menjelaskan maksud penyampaian pengarangnya. Buku yang mengiringi novel ini
dengan kupasan seumpama ini sudah tentu memerlukan unsur-unsur kritikan.
Kritikan sastera amat perlu ditumbuhkan khususnya ke atas karya penulis muda.
Pembaca, peminat sastera dan penulis sendiri dapat belajar banyak perkara
daripada teguran seorang pengkritik sastera. Tanpa kritikan, kita tidak belajar
suatu apa pun dan tidak mungkin dapat pergi lebih jauh.
Sungguhpun kita sering mendengar bahawa penulis mengambil sikap terbuka apabila
berdepan dengan kritikan, namun pada hakikatnya kebanyakan pengarang lebih
gemar mendengar yang muluk-muluk saja daripada mulut orang lain tentang karya
mereka. Perkara ini diakui sendiri oleh novelis terkenal Somerset Maugham
(1874-1965). Beliau berkata, “People ask for criticism, but they only want
praise.”
Pengkritik sastera yang baik bahkan mampu melonjakkan nama penulis ke tempat
yang paling tinggi di mata masyarakatnya. Hal ini mengingatkan kita kepada
penyair Chairil Anwar yang hanya dikenali setelah H.B. Jassin mengkritik dan
membedah puisi-puisinya. H.B. Jassin bahkan cukup marah ketika mengkritik
Aku, puisi Chairil Anwar yang masyhur itu. Menurut H.B. Jassin, menerusi sajak
Aku, Chairil Anwar telah memporakperandakan Bahasa Indonesia!
Pengkritik
Seorang pengkritik sastera bukanlah semata-mata membuat penghakiman terhadap
cerpenis, penyair, novelis dan penulis dalam semua genre penulisan kreatif
yang lain. Pengkritik sastera mesti jujur, objektif dan berusaha mendidik
penulis agar menjadi lebih prolifik. Kritikan terhadap sebuah karya sastera
dibaca
oleh banyak orang yang mudah pula menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Sukarlah penulis terutama yang muda menempuhi masa depannya yang digelapkan
oleh kritikan seorang pengkritik sastera.
Penulis perlulah sedar bahawa apabila mereka berani menerbitkan karya, itu
bermakna mereka mendedahkan diri mereka kepada kritikan. Mereka mesti bersikap
terbuka dan bersedia berubah untuk terus maju sebagai penulis dan sasterawan.
Jika mereka tidak sanggup menerima kritikan, lebih baik mereka tidak berkarya.
Benarlah apa yang disebutkan oleh Elbert Hubbard (1856-1915) “To avoid
criticism do nothing, say nothing, be nothing.”
Polemik dan kritikan sastera yang mundur mengakibatkan kurangnya majalah yang
dapat kita beli bagi menikmati kritikan yang bernas, objektif dan menarik.
Jika kegiatan kritikan sastera tumbuh dan subur, tentulah kita dapat membaca
majalah dan media selain Dewan Sastera di negara ini. Memang ada usaha pelbagai
pihak menerbitkan majalah yang lebih baik daripada Dewan Sastera, tetapi
semuanya berkubur, antara lain kerana faktor kewangan dan ketiadaan sambutan
daripada
penulis dan pembaca.
Kita sesekali dapat mengikuti polemik dan kritikan sastera di negara ini datang
dan pergi mengikut musim. Ada ketikanya musim polemik sastera di negara
ini diciptakan oleh orang politik, bukan penggiat sastera sendiri. Pada tahun
1950-an, Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50), Hamzah Hussin dan Asraf Hj. Wahab
menjuarai perdebatan “seni untuk seni” dan “seni untuk masyarakat.” Ini suatu
polemik yang penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden. Ketika itu
kepimpinan Asas 50 dikuasai oleh wartawan Utusan Melayu.
Hamzah Hussin beranggapan pengaruh badan-badan yang diharamkan pada tahun 1948
telah meresapi Asas 50. Hamzah mengesan sikap antiagama dan tercium unsur-unsur
komunisme dalam karya dan wacana yang mereka hasilkan melalui pendekatan “seni
untuk masyarakat.” Bertolak dari situ Hamzah kemudian mempergiatkan gerakan
“seni untuk seni.” Dan semakin suburlah kritikan sastera di tanah air. Polemik
dan kritikan sastera menjadi lebih rancak sekitar 70-an dan 80-an tetapi
tidak dapat bertahan lama.
Dalam perkembangan sejarah tanah air beberapa karya sastera telah menjadi
tumpuan pengkritik sastera antara lain termasuklah Maharaja Beruk dan
beruk-beruk
lainnya oleh Yahaya Ismail yang diterbitkan pada 1988 dan Tikus Rahmat oleh
Hassan Ibrahim (1990). Lebih sedekad yang lalu novel Shit tulisan Sasterawan
Negara Shahnon Ahmad pula menimbulkan polemik yang agak besar juga. Kita
terpaksa memikirkan semula bahawa sebuah karya sastera tidak semestinya
mengungkapkan
hanya yang indah-indah saja. Sebuah karya satira boleh menggunakan perlambangan
dan metafora dalam jelmaan seekor haiwan yang ganas dan liar dan najis-najis
yang kotor pun. Bahasa sastera pun tidak semestinya indah.
Dalam era kritikan sastera yang statik sekarang, tugas mengkritik karya sastera
berpindah ke tangan pengarang akhbar dan majalah atau panel hakim hadiah
sastera. Sebagai petugas media, pengarang akhbar dan majalah memilih dan
menilai berdasarkan “warna” tertentu yang menunjangi dan memayungi tempat mereka
makan gaji. Panel hakim hadiah sastera pula berpegang pada garis panduan yang
telah ditetapkan.
Para editor menentukan karya yang mana boleh termuat dalam akhbar yang
berkenaan manakala panel hakim memilih karya mana yang wajar diberikan hadiah.
Setelah
sesebuah karya diterbitkan baru pembaca dapat menilainya dan kalau mungkin,
mengkritiknya. Pembaca biasa cuma mahu menikmati keindahan sebuah karya kreatif
walaupun tidak memahami selok belok dalam penulisan sastera. Mereka tiada
kemampuan melihat sastera dalam kepungan teori-teori sastera yang sulit,
kompleks
dan kabur.
Gagasan
Banyak kajian ilmiah yang mengupas karya-karya Shahnon Ahmad yang dilihat
kental dengan nilai-nilai Islam. Mohd. Affandi Hassan kekal sebagai pengkritik
sastera yang dapat bertahan lama dengan gagasan Persuratan Baru yang
diperkenalkannya. Kritikan beliau yang tertumpu kepada penulis dan karya yang
sama
sungguhpun dianggap oleh sesetengah sasterawan sebagai terlalu peribadi namun
dapat menjadi bahan bacaan yang segar kepada peminat dan pembaca kritikan
sastera. Sungguhpun sebahagian gagasan beliau itu berat untuk diterima oleh
majoriti penulis dan sasterawan namun keberanian beliau menongkah arus dalam
dunia kesusasteraan tanah air adalah sesuatu yang jarang-jarang dapat kita
lihat.
Mohd. Affandi Hassan tidaklah berseorangan dalam usahanya mengangkat konsep
Persuratan Baru. Kritikan beliau terhadap karya sastera kontemporari disambut
oleh sebilangan pengkaji. Dapat juga kita membaca pendekatan yang sama diterima
oleh pengkaji dan pengkritik sastera misalnya oleh Ungku Maimunah Mohd.
Tahir dan Mohd. Zariat Abdul Rani. Mereka ini sedikit sebanyak telah
memeriahkan dunia kesusasteraan di Malaysia. Usaha Ungku Maimunah mengangkat
karya-karya
Fatimah Busu nampaknya tidaklah sia-sia kerana Fatimah Busu kemudian menjawab
beberapa isu yang diutarakan oleh Ungku Maimunah dalam buku berjudul Nyanyi
Sunyi Salam Maria Vs Sarjana Nasi Dingin. Peminat kritikan sastera di negara
ini tentu menikmati suatu perdebatan yang menarik antara novelis dan pengkritik
sastera ini.
*http://www.mail-archive.com
****************************************