~cerpen~
Cerita pendek atau dikenali sebagai 'cerpen' menurut kamus adalah suatu bentuk prosa naratif fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya jika dibandingkan dengan karya-karya fiksyen yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian moden) dan novel. cerita-cerita pendek ataupun cerpen ini terkandung teknik-teknik sastera seperti tokoh, plot, tema, dan bahasa secara lebih luas dibandingkan dengan fiksyen yang lebih panjang. Ceritanya juga boleh didapati dalam pelbagai jenis.
Pengertian Cerpen Menurut Para sarjana :
1. H.B. Jassin –Sang Paus Sastra Indonesia-
mengatakan bahawa cerita pendek harus memiliki
bahagian perkenalan, pertikaian, dan penyelesaian.
2. A. Bakar Hamid dalam tulisannya mengenai “Pengertian Cerpen” berpendapat bahawa:
cerita pendek itu harus dilihat dari kuantiti, iaitu
jumlah perkataan yang digunakan antara 500-
20,000 kata, di dalamnya terkandung satu plot,
satu watak, dan satu kesan.
3. Aoh. KH, mendefinisikan bahawa :
cerpen adalah salah satu ragam fiksyen atau cerita
rekaan yang sering disebut kisahan prosa pendek.
masih ramai sasterawan yang merumuskan definisi cerpen. Rumusan-rumusan tersebut tidak sama, dan tidak saling bertentangan antara satu sama lain. Hampir kesemuanya bersepakat iaitu pada satu kesimpulan bahawa cerita pendek atau singkatan bagi cerpen adalah cerita rekaan yang pendek.
Unsur- unsur dalam Cerpen
Ada dua unsur utama dalam karya cerpen , iaitu unsur instrinsik dan ekstrinsik.
Unsur ekstrinsik :
sesuatu yang menginspirasikan penulisan karya
sastera dan mempengaruhi karya sastera secara
keseluruhan. Unsur ekstrinsik ini meliputi latar
belakang kehidupan penulis, keyakinan dan pandangan
hidup penulis, adat istiadat yang berlaku pada saat
itu, situasi politik (persoalan sejarah), ekonomi, dsb.
unsur instrinsik :
unsur yang secara organik membangun sebuah karya sastera dari dalam. unsur instrinsik meliputi tokoh, alur, latar, tajuk, sudut pandang, gaya dan nada.
Tapi kini para ahli sastra memandang tema / amanat merupakan sebahagian dari instrinsik. Sehingga secara umum unsur instrinsik adalah: tokoh, alur, latar/ setting, sudut pandang (point of view), tema, amanat.
1. Tema
merupakan gagasan inti. Dalam sebuah cerpen, tema boleh disamakan dengan asas / tapak sebuah bangunan. sesebuah bangunan itu tidak boleh didirikan tanpa asas / tapaknya. Dengan kata lain tema adalah sebuah idea pokok, pemikiran utama sesebuah cerpen iaitu pesanan atau amanat.
Tidak mungkin sebuah cerita itu tidak mempunyai idea pokok iaitu sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada para pembacanya. pada kebiasanya, ia bertemakan masalah kehidupan, pandangan pengarang mengenai kehidupan atau pandangan hidup si pengarang dalam menempuh kehidupan yang mencabar ini. Pengarang tidak perlu menjelaskan temanya secara jelas dan terperinci, tetapi ia boleh sahaja menyampaikan sebuah masalah kehidupan dan akhirnya terpulang kepada pembaca untuk mentafsir dan menyelesaikannya.
Secara tradisional, tema itu boleh dijelaskan dengan perkataan yang sederhana, seperti:
1. Kejahatan pada akhirnya akan dikalahkan oleh
kebaikan.
2. Persahabatan sejati adalah setia dalam suka dan
duka.
3. Cinta adalah 'tenaga' kehidupan, kerana itu cinta
dapat mengatasi segala kesulitan.
Cerpen yang baik dan bermutu pada kebiasanya menyajikan berbagai persoalan yang kompleks. Namun ia mempunyai tema, iaitu pokok permasalahan yang mendominasi masalah lainnya dalam cerita itu. Misalnya cerpen “Salju Kapas Putih” karya Satyagraha Hoerip. Cerpen ini melukiskan pengalaman “aku” di negeri asing dengan baik sekali, tetapi secara tajam cerpen ini memfokuskan masalah moral. Tokoh “aku” dapat bertahan dari godaan untuk melakukan kejahatan kerana kuat dari segi pertimbangan moral.
2. Alur atau Plot
iaitu rangkaian peristiwa yang menggerakkan cerita untuk mencapai kesan tertentu. Banyak anggapan yang keliru mengenai plot. sebahagian daripada masyarakat menganggap plot adalah jalan cerita. Dalam pengertian umum, plot adalah suatu rancangan untuk mencapai tujuan tertentu. Rancangan tentang tujuan itu bukanlah plot, akan tetapi semua aktiviti untuk mencapai yang diinginkan itulah plot.
Atau, secara lebih jelas lagi plot adalah –menurut Aswendo Atmowiloto- sebab dan akibat yang membuat cerita berjalan dengan irama atau gaya dalam menghadirkan idea utama.
Semua peristiwa yang terjadi di dalam cerita pendek harus berdasarkan hukum sebab dan akibat, sehingga plot jelas tidak merujuk pada jalan cerita, tetapi menghubungkan semua peristiwa. Sehingga Jakob Sumardjo dalam Cerita Pendek menjelaskan tentang plot dengan mengatakan, “Contoh populer menerangkan arti plot adalah begini: Raja mati. Itu disebut jalan cerita. Tetapi raja mati karena sakit hati, adalah plot.”
plot juga terbahagi kepada tiga iaitu plot tertutup dan plot terbuka :
1. Terbuka: Jika akhir cerita merangsang pembaca untuk mengembangkan jalan cerita, di samping masalah menjadi dasar persoalan.
2. Tertutup. Akhir cerita tidak merangsang pembaca untuk meneruskan jalan cerita.
****************************************

contoh cerpen :
Karya: Lukmanul Hakim (T5)
Memancing memang menjadi hobi sejak aku berumur enam tahun lagi. Kebetulan sewaktu itu aku dan keluarga menghuni sebuah rumah kuaters kerajaan yang tidak jauh dari kawasan sawah padi. Boleh dikatakan tiap-tiap petang dengan joran buluh berumpan anak kerengga, ikan puyu jadi mangsa. Kadang-kadang aku menahan tajut (taut) bersama ayah dan abang untuk menangkap ikan haruan dan ikan keli. Yang paling tidak menyeronokkan, spesies ini galak meragut umpan kala remang-remang senja. Orang kata waktu itu, makhluk halus pula akan mula berkeliaran. Kata ayahku, jangan sendiri cari nahas, tak berbaloi walau sebesar mana pun ikan keli atau haruan yang mungkin dapat.
Namun peristiwa pada cuti penggal ketiga tahun sudah, membuat aku mencongak diri sendiri. Sesuai dengan kata bidalan, ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga”. Aku rasa sungguh kerdil dengan pengalaman memancing taraf amatur. Masih banyak perlu dipelajari. Jauh daripada mendabik dada, sebab ilmu dan alam Allah ini cukup luas.
Sebaik tamat musim persekolahan tahun lalu, aku terus menaiki bas untuk pulang bercuti ke kampung halaman yang terletak di sebuah negeri yang kaya dengan keindahan pantainya. Seronok sakan aku. Sesampainya aku di stesen bas, aku terus dijemput oleh Mat Zaki dan Mat Ibrahim (Zack dan Im), dua orang sepupuku yang juga gila joran macam aku. Semasa di sana, malam minggu adalah masa untuk ke laut. Kalau ombak kuat, kami akan berkhemah di tepi pantai sambil memancing sembilang dan gelama. Ada tuah kami dapat anak kerapu. Boleh tahan juga besarnya.
Kalau ada perahu pancung, kumpulan kami akan menyelusuri sungai yang sememangnya tersohor dengan “sang bedal” hingga lewat embun pagi. Pernah sekali, entah apa gerangannya, tiba-tiba ia timbul bersebelahan perahu kami. Cuma nampak bahagian kepalanya yang menggerutu sahaja. Seisi perahu pucat lesi. Ditakdirkan, kalau disondol sampan kami, alamat bala yang menimpa. Saiz kepalanya pun sama besar dengan tong drum. Selidik punya selidik, rupanya ada di antara kami yang culas waktu solat sebelum turun malam itu. Agaknya itu cuma teguran sang bedal.
Memandangkan Zack gemar memasak, jadi sebelum turun ke laut segala persiapan termasuk bekal lauk mesti ada. Entah macam mana pula hari itu aku membeli ubi kayu, lawannya tentulah ikan pekasam (wadi). Kalau dicicah sambal belacan, lagi “umph”.
Ketika perjalanan ke jeti. Sepupuku Im membeli beberapa sikat pisang emas. Buat penambah tenaga katanya. Tanpa membuang masa kami menuju ke destinasi.
Janji dengan Haji Derus yang petang itu akan menghantar kami ke sebuah pulau kecil lebih kurang 15 minit perjalanan dari pantai. Menurut penduduk setempat, pulau ini dikatakan dahulunya tempat berkumpul sekumpulan lanun. Haji Derus akan pulang semula hari esoknya untuk mengambil kami.
Aku, Zack dan Im cuma hendak memancing sambil bersantai. Segala-galanya berjalan lancar. Beberapa gelama papan, sembilang laut, malung dan ketuka dinaikkan. Apabila terasa lapar aku menyalakan unggun menanak nasi, membakar ubi kayu dan juga sedikit ikan ketuka hasil pancingan kami. Apalagi, masing-masing meluru ke periuk nasi. Habis licin goreng pekasam ikan puyu, ubi kayu dan ikan bakar dimakan dengan sambal belacan.
Dengan tiada pun satu awan mendung yang kelihatan, tanpa pun ada apa-apa perubahan angin, tidak semena-mena hujan lebat dan ribut turun mengganas. Kami berlari ke rimbunan pohon renek untuk berteduh. Ribut petir sabung menyabung. Kilauannya seperti di atas kepala. Ombak laut begitu kuat sekali kedengaran. Dalam kesejukan dan keadaan basah kuyup, terasa menyesal pun ada sebab orang lain enak tidur di rumah, kami kesejukkan menyabung nyawa di pulau terpencil. Hampir fajar subuh barulah hujan mula reda dan laut yang beralun mula tenang semula.
Habis semua tangkapan dan alat-alatan yang kami bawa dari rumah hilang dalam hujan. Entah kemana perginya semua. Dengan sehelai sepinggang dan kelaparan kami menantikan ketibaan Haji Derus.
Ketika dalam bot Haji Derus, masing-masing membungkam sepi. Zack yang biasanya kecoh seakan-akan hilang suara. Aku pula tercongak-congak, apa adakah kaitan ribut dengan seekor ikan berwajah hodoh yang memagut joranku. Mujur aku lepaskan semula ikan itu setelah dinasihatkan oleh sepupuku Im. Banyak persoalan tentang ribut semalam masih bermain di fikiran kami, ia seperti ada saja yang serba tak kena pada tempatnya.
Tiba di pantai ringkas saja sapaan Haji Derus, katanya malam itu di pantai tenang saja tanpa hujan, langit dipenuhi bintang. Terlopong aku seakan-akan dia ingin bergurau. Nampaknya kebolehan kami memancing di darat mungkin tidak dapat membaca misteri dunia laut dan khazanahnya
*http://spmbahasamelayu.blogspot.com

mak mana???
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
*http://forum.tentangcinta.com
*****************************************

1001 burung kertas
Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.
Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, "Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !"
Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.
Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahunaBerkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !
Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.
Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, "Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. "
Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.