PENGENALAN SAJAK
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai kata-kata khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu. Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca. Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji.
Selain iu, puisi adalah satu cabang kesenian yang disebut kesusasteraan yang bererti bahasa indah, berirama dan mempunyai bentuk (Anis Sabirin, 1972 : 2/3). Puisi pada dasarnya lebih merupakan sifat atau nilai keindahan dalam pengungkapan bahasa. Ungkapan atau penggunaan bahasa yang indah disebut puitis. Puisi larut dalam jiwa masyarakat tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga menjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan. Boleh dikatakan, segala aspek kehidupan masyarakat terangkum dalam persembahan dan pengucapan puisi.
Puisi Melayu moden juga disebut sebagai puisi Melayu baharu. Puisi ini mempunyai hanya satu jenis iaitu sajak. Menurut Rahman Shaari (1987), sajak ialah puisi Melayu moden yang muncul di Malaysia pada tahun 1930-an, manakala di Indonesia ianya muncul sekitar tahun 1920-an. Sajak muncul hasil daripada perubahan sikap, pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan hasil daripada pengaruh Barat (Rahman Shaari, 1978 : 76). Ia dikatakan sebagai puisi bebas atau baharu kerana penyimpangan-penyimpangan yang membezakan bentuknya daripada puisi Melayu tradisional.
Definisi umum tentang puisi ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama atau jumlah suku kata. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekaligus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, seperti curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. Seorang tokoh zaman Romantisisme Barat, S.T. Coleridge (1972-1834), juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Manakala William Wordsworth menyebutkan puisi ialah “pengucapan tentang perasaan yang mendalam secara berentak; penglahiran spontan yang diingatkan kembali dalam suasana tenang” (Rahman Shaari, 2001:10).
Rachmat Djoko (2000), memetik pandangan Carlyle yang menganggap puisi sebagai hasil pemikiran yang bersifat fizikal. Kata Carlyle lagi, penyair sewaktu menciptakan puisi memikirkan bunyi yang merdu seperti muzik, kata-kata disusun begitu rupa hingga yang menonjol adalah rangkaian bunyi yang merdu seperti muzik, iaitu dengan mempergunakan orkestrasi bunyi. Tokoh-tokoh Barat lain yang turut memberi definisi puisi ialah Wordsworth, Auden, Dunton, dan Shelley. Wordsworth menyatakan puisi adalah pernyataan perasaan yang imaginatif, iaitu perasaan yang direka dan yang diangankan. Auden pula berpendapat bahawa, puisi ialah merupakan pernyataan perasaan yang bercampur baur. Dunton pula menyatakan puisi sebagai pemikiran manusia secara konkrit dan artistik dalam bahasa emosional dan berirama.
Sehubungan dengan itu, puisi dapat difahami sebagaimana pemahaman Shahnon Ahmad iaitu berkaitan langsung dengan segala proses memaparkan pemikiran yang membangkitkan perasaan, merangsang imaginasi pancaindera dalam susunan bahasa yang indah dan berirama. Selain itu juga, pandangan daripada para sarjana berikut berkait rapat dengan faktor-faktor yang berupaya membantu dalam penghasilan puisi-puisi Melayu moden melalui tiga cabang kaedah iaitu yang pertama dari segi daya kreativiti, kedua pula ialah daya sensitiviti, dan yang terakhir ialah dari segi daya renung, daya usaha dan pengalaman penyair-penyair dalam menghasilkan karya-karya puisi yang lebih bermutu.
*****************************************

teknik penciptaan sajak...
BUDI
B- Biarpun hidup
U- Umpama lelayang namun
D- Dipandang elok
I- Insan di dunia
BANGSA
B- Bangun jatuh
A- Adat kehidupan
N- Namun tak
G- Gentar menempuh ranjau
S- Satu hati satu cita
A- Agar Melayu tak hilang di dunia
KENANGAN
K- Ku coretkan
E- Erti sebuah perhubungan
N- Namun luka semalam membawa
A- Aku ke lembah duka
N- Nan perit dan getir untuk ku
G- Gambarkan betapa seksanya
A- Aku menahan sedih dan pilu
N- Nan abadi.
BAHAMAN
B- Budi dicurah
H-Hidup dikerah
M-Menentang penjajah hingga titisan darah
A- Akhir mengalir,
A-Akanku kenang jasa baktimu
A-Akanku laung panji perjuanganmu
N-Namun ‘berundur’ tidak sekali.
SURIA PAGI
S- Sinarmu memancar
R- Riang gembira
I- Indah hadirmu bersama senyuman di
U- Ufuk Timur nan
A- Abadi
P- Pesanku agar kau terus menyinar dengan
I- Iringan deru
A- Angin berlagu membisik kata rindu
G- Gemersik suaramu.
***

teknik kata...
MUNGKIN
Mungkin kelmarin,
Mungkin semalam,
Mungkin hari ini,
Mungkin esok,
Mungkin lusa,
Mungkin tiada.
DALAM
Dalam lingkungan usia,
Dalam lingkaran masa,
Dalam situasi sama,
Dalam diri yang berbeza,
Dalam meniti remaja dewasa,
Dalam mencari identiti kita.
DENGAN
Dengan nama-Mu ku bermohon,
Dengan rahmat-Mu ku bersyukur,
Dengan hidayah-Mu ku bersimpuh,
Dengan keampunan-Mu ku bersujud,
Dengan naungan-Mu ku berlindung,
Dengan bicara-Mu ku tunduk akur.
Mungkin kelmarin,
Mungkin semalam,
Mungkin hari ini,
Mungkin esok,
Mungkin lusa,
Mungkin tiada.
DALAM
Dalam lingkungan usia,
Dalam lingkaran masa,
Dalam situasi sama,
Dalam diri yang berbeza,
Dalam meniti remaja dewasa,
Dalam mencari identiti kita.
DENGAN
Dengan nama-Mu ku bermohon,
Dengan rahmat-Mu ku bersyukur,
Dengan hidayah-Mu ku bersimpuh,
Dengan keampunan-Mu ku bersujud,
Dengan naungan-Mu ku berlindung,
Dengan bicara-Mu ku tunduk akur.
teknik tema
MENGENAI DIRI
Dilahir ke dunia
Disayang dibelai
Diasuh dididik
Supaya kelak terdidik
Dilimpah kasih sayang
Dimewah kebahgiaan
Membuat selalu tersenyum
Dan terus tersenyum
Aku bangga menjadi aku
Aku bangga menjadi
Anak ayah ibu
Punyai segala
Terima kasih ayah
Terima kasih ibu
KEMASYARAKATAN
Masyarakat kian alpa
Masyarakat kian lupa
Generasi makin membangun
Tapi ada yang masih leka
Leka dengan permainan dunia
Leka dengan keasyikkan maya
PERJUANGAN
Anak pejuang bangsa
Bangkit segera
Jangan terlalu megah
Dengan apa yang ada
Belum cukup mewah
Belum cukup sempurna
Perjuangan terdahulu
Masih perlu diteruskan
KEAGAMAAN / KETUHANAN
Segala khilaf
Segala sesalan
Masih berlegar
Masih segar
Hati merintih
Menadah memohon
1001 keredhaan
Mengharap keampunan
Dari-Mu Ya Rabbi
ALAM
Menghijau
Membiru
Tenang…
Kicauan burung-burung
Rengekkan unggas-unggas
Membuat hati syahdu
Betapa bebasnya berlegar
Tidak terkurung
Tidak murung
teknik sentuhan,tafsiran,tempahan
SENTUHAN
Sepi
Mencari cinta sendiri
Saat kau hilang dari pandangan
Tersentap
Tinggalkan aku keseorangan
Tanpa 1001 alasan
Kini
Kau hadir kembali ke sisi
Tetapi tiada apa
Hati telah terkunci
Mati.
TAFSIRAN
Rindu
Suara bonda lembut menyapa
Rindu
Suara ayah menyanyikan lagu
Tatkala ayah bonda berseloka
Ketawa riang
Aku terpaku
Di bawah rimbun pohon menghijau
Di atas beranda sentuhan ayah
Kami bermanja
Gelak tawa bersama
Setiap masa.
TEMPAHAN
31 Ogos 1957,
Pada detik itu
Dalam ruang itu
Telah tersemat satu tekad
Telah terpatri sebuah janji
Telah menyatu jiwa bangsa
Demi keamanan negara
Malaysia tercinta.
segalanya tentang 'gitar'
GITAR SEBUAH
GITAR
BERTALI HALUS
sehalus bunyimu
gitar
indah namamu
seindah suaramu
gitar
cantik rupamu
secantik namamu
khayalku dalam alunanmu
alunan mangasyikkan.
GITAR KU BERALUN MERDU
lenggok pinggangmu kupeluk erat
kuletak di riba
tali halusmu kupetik
satu per satu
gita tercipta
dikedamaian desa
mengindahkan suasana hariku
gitarku beralun merdu
KAU DAN AKU
kuimbas saat itu
kau dan aku
di bawah pohon bambu
senyum mesra
kaunyanyikan lagu
hanya untukku
lambaian pohon bambu
seakan mengerti
bisik hatiku
kaupetik gitar
kita nyanyi bersama
mesra kita berdua.
GITAR
BERTALI HALUS
sehalus bunyimu
gitar
indah namamu
seindah suaramu
gitar
cantik rupamu
secantik namamu
khayalku dalam alunanmu
alunan mangasyikkan.
GITAR KU BERALUN MERDU
lenggok pinggangmu kupeluk erat
kuletak di riba
tali halusmu kupetik
satu per satu
gita tercipta
dikedamaian desa
mengindahkan suasana hariku
gitarku beralun merdu
KAU DAN AKU
kuimbas saat itu
kau dan aku
di bawah pohon bambu
senyum mesra
kaunyanyikan lagu
hanya untukku
lambaian pohon bambu
seakan mengerti
bisik hatiku
kaupetik gitar
kita nyanyi bersama
mesra kita berdua.